Pengetahuan Am...
Dari segi perspektif org Islam, bila sebut je 9 mesti ada relation ngan 99 nama Allah a.k.a. Asma Al-Husna. 9 jugak berkait ngan bulan yang semua orang akan berpuasa n beribadah dgn rajinnya..Ramadhan al-Kareem, dalam kalender Hijrah Ramdhan bulan ke-9. Banyak keistimewaan yg terdapat dlm bulan Ramadhan yg tidak diperolehi di dalam bulan-bulan yg lain seperti bulan di mana Al-Quran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W., terdapatnya 1 malam yg dinanti-nantikan iaitu Malam LailatulQadr, hanya di bulan Ramadhan umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawikh dan lain-lain lagi.
Bagi orang China pula, jika no. 8 membawa maksud Kekayaan atau Prosperity, no. 9 membawa maksud panjang umur. Mengikut sejarah dahulu kala lagi, maharaja-maharaja China sering menggunakan no. 9 ini sebagai simbol kekuatan termasuklah dalam segala ukiran dan baju DiRaja di mana terdapat 9 ekor naga terukir di setiap sudut. Malah, Kompleks DiRaja di Beijing's Forbidden City dikatakan telah dibina dengan 9999 buah bilik...menarik tak??
Tapi bagi orang Jepun, no. 9 membawa maksud Penderitaan dan tidak bernasib baik. Sebab apa tafsiran diorang camtu pulak? Mungkin sebab Nagasaki telah dibom pada 9 Ogos 1945. No. 9 telah menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Jepun... Lebih dahsyat lagi, orang Jepun akan menjauhi no. 9 ni tidak kiralah dalam memilih no. bilik di hotel ataupun no. wad di hospital...agak menyeramkan tapi pelik...
Kat Malaysia pulak lain ceritanya...No. 9 lah simbol pertolongan dan keselamatan. ..setuju? cube tengok, jika ada jenayah ke, kebakaran ke, dera ke, no apa yg mereka akan dail? Sudah pasti 999... Selain itu, satu-satunya negeri yg menggunakan no. sebagai nama adalah Negeri Sembilan.
Betul tak Teha???
Matematik Magik...
Cube korang check betul tak??
Jumlah 2 digit hasil daripada mana-mana 1 no. yg didarabkan dgn 9 pasti akan mendapat angka 9. Cth: 5x9=45, 4+5=9..
Hasil darab 9 dgn 2, 3 atau 4 digit no dan kemudiaannya ditambahkan sehingga menjadi 1 digit, pasti jawapannya adalah 9. Cth: 9x157=1413, 1+4+1+3=9
9 September juga merupakan hari yang ke 252 dalam kalender Masihi, 2+5+2=9. Menarik kan?
Lastly korang mesti selalu jumpe no 9 ni kat pasaraya atau mane-mane tempat beli barang..No. 9 ni kaedah pemasaran paling berkesan dlm meletakkan harga berdasarkan harga psikologi. Pergi la ke mana-mana hypermarket, no. 9 mesti banyak. Cth: bawang merah RM1.99 sekilogram dan automatik kita tengok yang ada 9 kat belakangnya adalah terus je rase murah. Sungguh berpengaruh no. 9 ni ye...