topbella

July 2, 2010

qalb..

sabda rasullulah,
"dalam setiap individu ada seketul daging, yang mana andai ia baik & bersih, maka eloklah fizikal & tingkah laku individu itu. Andai ia kotor, maka buruklah fizikal & tingkah laku individu itu. sabdanya lagi, ketahuilah kamu bahawa daging itu adalah hati."
apabila kita merenung sejenak sabda nabi itu, hati adalah raja bagi seseorang individu itu. segala yang lahir di luaran seseorang itu pasti mencerminkan apa yang tersembunyi di dalam organ yang dikenali kita sebagai hati atau pun qalb...seringkali kita dengar apabila agamawan membicarakan soal hati ia secara telusnya akan memfokuskan pada isu akhlak atau umumnya adab & tingkah laku. melalui akhlak ia adalah bayangan atau cerminan iman seseorang.

seseorang muslim itu akan menjadi mukmin yang sejati apabila sempurnanya imannya. adakah pandangan saya benar??? isu ini dikupas dalam ceramah yang saya dengar. muslim itu akan menjadi seorang yang kuat imannya dengan hadir beberapa konsep tauhid yang kukuh. ini semestinya pasti bukan??? selain itu juga, iman yang tegar memerlukan kepada penguasaan
& kefahaman yang mantap terhadap rukun iman & islam. seterusnya pada fiqah yang telus, yang akhirnya menghasilkan akhlak yang sejahtera.


sebagai analogi yang ingin dibawa adalah pokok. pokok yang setiap hari kita lihat, tapi pernahkah kita pelajari sesuatu daripadanya??? kadang-kadang kita hanya memandang kosong terhadapnya. perhatikan pokok yang ada berdekatan anda, pokok mempunyai akar yang kukuh, batang yang tegak berdiri, daun yang rimbun dan kehijauan, serta buah yang ranum refleksi muslim yang sejati adalah pokok yang mempunyai keteguhan akar yang melambangkan tauhidnya, tegaknya batang yang mempamerkan keutuhan rukun iman & islamnya, kerimbunan daunan yang mentaksirkan keluasan ilmu fiqah yang diamalkan dan manisnya buah atau wanginya bunga kerana akhlak yang indah lahir dalam segenap ruang kehidupannya.

hari ini ramai muslim yang tidak menyedari hakikat pentingnya akhlak. mereka sibuk mengajak orang kepada kebaikan namun mereka lalai bahawa tertegaknya islam bukan hanya pada dakwah semata-mata tapi akhlak yang telah dianjurkan oleh islam itu sendiri. indahnya islam teterbit dari akhlak yang dipamerkan. ada satu kisah yang saya baca dalam komik adik saya, diceritakan mengenai seorang tua yahudi yang buta. setiap hari dia sibuk menceritakan tentang keburukan nabi yang didengari sedangkan semua itu hanyalah fitnah sehinggakan dia tidak menyedari kedaifan dirinya.walaupun begitu dia memiliki seorang sahabat yang setia yang sering menyuapkan makanan padanya. selepas kewafatan nabi, abu bakar as siddiq bertanya kepada siti aisyah tentang amalan nabi yang belum dilakukan olehnya. aisyah menyatakan bahawa semua amalan nabi telah dilaksanakan kecuali satu. sementara itu, lelaki yahudi itu menantikan sahabatnya yang lama tidak mengunjunginya. dia bimbang. tidak lama kemudian dia merasa gembira kerana sahabatnya masih mengunjunginya. dia makan suapan sahabatnya dan tiba-tiba dia memalingkan mukanya seraya memarahi sahabatnya
" siapa kau? kau bukan sahabatku. makanan sahabatku lembut dan halus. tidak kasar dan keras."
lelaki yang dimarahi menjawab "memang benar aku bukan sahabatmu. aku ialah
abu bakar. aku datang untuk meneruskan amalan yang ditinggalkan nabi muhammad selepas
kewafatannya."
lelaki yahudi itu bertanya lagi " apakah yang mengunjungi aku selama ini
ialah Muhammad?"
maka abu bakar menjawab "ya benar, bagindalah yang mengunjugimu setiap pagi.
baginda amat mengambil berat tentang dirimu."
maka lelaki yahudi itu terus memeluk islam kerana kemuliaan akhlak rasullulah.

renungkan adakah kita mampu melakukan perkara yang sama, setelah kita acapkali difitnah
oleh orang yang kita lakukan kebaikan padanya???

Aku termenung di bawah mentari. Di antara megahnya alam ini.
Menikmati indahnya kasih-Mu. Kurasakan damainya hatiku…

Sabda-Mu bagai air yang mengalir. Basahi panas terik di hatiku.
Menerangi semua jalanku. Kurasakan tenteramnya hatiku…

Jangan biarkan damai ini pergi…
Jangan biarkan semuanya berlalu…

Hanya pada-Mu Tuhan tempatku berteduh. Dari semua kepalsuan dunia…

Bila ku jauh dari diri-Mu, akan kutempuh semua PERJALANAN agar selalu ada dekat-Mu.
Biar kurasakan lembutnya kasih-Mu…
~damai bersamamu~
~marjan~

akhlak yang tidak diamalkan akan membawa kerugian, akhlak memerlukan penterjemahan melalui kehidupan seharian. apa sahaja yang zahir pada diri samada baik mahu pun buruk semuanya lahir dari hati.

ina solati tatanha anil fahsya iwal mungkar.

post ini untuk memuhasabahkan diri ku serta perkongsian dengan sahabat

No comments:

Post a Comment

few things that i hate most:
smokers,bully,disrespectful and ungrateful person..
few things that i love most:
family,friends and you all..