topbella

December 6, 2009

a day with my couple..

memory 12.6.09...

yesterday life is the most precious day. i really like it. it is happened like a dream when i wake up in the next day. it is my first time going out with 'him'. i cant imagine my feeling at that time it is very fascinating. we hang out with our friend also. we went to KLCC, looking at the crowd it was so unbelievable, people who were reaching there was so heavy and they cant even move around freely. although it was hard to move around we still enjoying ourselves at the pc fair...kiteorang jalan-jalan, tengok sana tegok sini. keluar pintu masuk pintu...tue je yang mampu kiteorang yang tak bpe bnyk duit ni...hahaha...yang dia ni plak suke sangat nak amek beg kertas kt booth p1 wimax...sampai kiteorang dah kua dari convension center pun dy still nak mnde tue jugak...lawak kot tengok dy cemburu orang len dapat beg tu...hahaha sian dy...kiteorang asyik berkepit je...pegi mne-mne pn same...hish2 truk btul...
waktu kt luar convension center tue smbil tunggu lagi dua couple...kiteorang tak habis-habis marah-marah n lazer-lazer orang kt sekeliling...bukan sebab tunggu lagi dua couple tue tapi kiteorang tak suke smoker n bau dy yang sparuh nak mati...sape je smoker yang tengah smoke lalu mesti dy kne punye...nseb baek la x kne marah maybe sbab mke innocent kiteorang ni kot..hahhaha...smpaikan de sorang guy kt sbelah aku tak jadi nak smoke sbb tkt kot kne boom ngan kiteorang...hahahha
yang paling best waktu makan...romantik habis, lawak pun de bila teringat balik...hahha...kiteorang yang berenam ni siap kne n buat kaco lagi kt pizza hut...yang tak boleh lupe waiter kat situ dy kelam gile..hahaha...mule2 tu dy nk tunjuk power kot ngan kiteorang last2 dy yang kne balik...hahahha..sampaikan bile dy lalu je tepi meja kiteorang mesti dy lari tak pun nak tjatuh langgar kerusi..lawak2...name dy best gile MAIL...cam dlm cite upin ipin..dalam pizza hut tu kiteorang wat cam kedai sndiri...siap ngan cashier kne kaco..nakal gile...
dah penat gelak2...kiteorg gi la solat...abes solat lepak2 jap then singgah jap kt kedai brg assesori...best maen try2 brg je...tp 1 je mende yg bli...cekak rambut...hahha...pas2 rancang nak mkn aiskrim tp xjdi aah...wak2 nk bli...de seorang kwn kte ni hmpir nk kne tnggal lrt...kiteorng cpt2 msk dlm squeezing cm oren dlm 2 dy smpat lg tnye muat x nk msk...gelabah btul...setengah jam ps2 kteorng smpai la kt u...home sweet home...syukur la smpai...pnt nk mmpus kot...

for the sake of this story i want to credit to falaha..fateha...rahmah...adah...ina...thanks for allowing me to join u all..it is great to be with u all..'him' in this story is falaha...

October 22, 2009

aduh teruk betul..

Cerita ni terbaca kat email kawan...
Hope sape2 yg bce amek la pengajaran..
jgn jd cam dy ni...

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin,
Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.
"Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami
"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu..
"Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ.
"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu" rayu si isteri dengan nada
manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.
"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Buka! nnya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot
tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu
bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya
dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk
menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.
"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"
"Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer"jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
"Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"
"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran
RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.
"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.
Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat
belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot
tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun
dari pesawat tu.

"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.
"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"
"Hahh apasal tak cakap"
"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moral: Carilah suami yang mengasihi isterinya

October 20, 2009

miss...

this post dedicated for belove friend
-MaryamHalimi-
-SyazwaniNazri-
-JannahReduan-

http://emo.huhiho.comerm..time is running so fast..a lot of things i still don't finish yet..why time is running so fast...could it stop for a while...let me finish first what i really want to do...during holiday im missing my friends...how is it they life going on???...

especially MARYAM HALIMI...love her so much...how is it her there..hope she in a good condition..pliz dont fall sick there...enjoy every minute you spend...i ll always be by you side n pray for you dear...n the most important is i ll be your eyes to spying z...ahha..just kidding...Dr.Maryam work hard..when you finish your study i want to employ you as my personal doctor for my life time...my pray is want you to have what is the best for you life...

JANNAH REDUAN...take care yourself..after this i wont be by your side to listen n advise as before...life full of surprising n we cant expect what will happen n come after this.. expertise yourself to handle your problem..remember what i have told you before...built clearer n colourful future...

SHAZWANI NAZRI...dear having you as my friend make my heart tranquil...i miss you...your thought always safe me in any situation...thanks a lot...

friends thanks for staying with me...without you all i might not be like now...n for all my friends that i know..i will never forget you all...all of you make my life full of colours...i love all of you...hope to see you all again..
http://emo.huhiho.com

October 1, 2009

Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam Ceritanya begini, di negeri Kelantan yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi dijalankan,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat,

"lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti DIA akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan.

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

cerita ni saya ambil dari kwn saya...

September 28, 2009

ada apa dgn no.9??

Pengetahuan Am...

Dari segi perspektif org Islam, bila sebut je 9 mesti ada relation ngan 99 nama Allah a.k.a. Asma Al-Husna. 9 jugak berkait ngan bulan yang semua orang akan berpuasa n beribadah dgn rajinnya..Ramadhan al-Kareem, dalam kalender Hijrah Ramdhan bulan ke-9. Banyak keistimewaan yg terdapat dlm bulan Ramadhan yg tidak diperolehi di dalam bulan-bulan yg lain seperti bulan di mana Al-Quran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W., terdapatnya 1 malam yg dinanti-nantikan iaitu Malam LailatulQadr, hanya di bulan Ramadhan umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawikh dan lain-lain lagi.

Bagi orang China pula, jika no. 8 membawa maksud Kekayaan atau Prosperity, no. 9 membawa maksud panjang umur. Mengikut sejarah dahulu kala lagi, maharaja-maharaja China sering menggunakan no. 9 ini sebagai simbol kekuatan termasuklah dalam segala ukiran dan baju DiRaja di mana terdapat 9 ekor naga terukir di setiap sudut. Malah, Kompleks DiRaja di Beijing's Forbidden City dikatakan telah dibina dengan 9999 buah bilik...menarik tak??

Tapi bagi orang Jepun, no. 9 membawa maksud Penderitaan dan tidak bernasib baik. Sebab apa tafsiran diorang camtu pulak? Mungkin sebab Nagasaki telah dibom pada 9 Ogos 1945. No. 9 telah menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Jepun... Lebih dahsyat lagi, orang Jepun akan menjauhi no. 9 ni tidak kiralah dalam memilih no. bilik di hotel ataupun no. wad di hospital...agak menyeramkan tapi pelik...

Kat Malaysia pulak lain ceritanya...No. 9 lah simbol pertolongan dan keselamatan. ..setuju? cube tengok, jika ada jenayah ke, kebakaran ke, dera ke, no apa yg mereka akan dail? Sudah pasti 999... Selain itu, satu-satunya negeri yg menggunakan no. sebagai nama adalah Negeri Sembilan.
Betul tak Teha???

Matematik Magik...

Cube korang check betul tak??

Jumlah 2 digit hasil daripada mana-mana 1 no. yg didarabkan dgn 9 pasti akan mendapat angka 9. Cth: 5x9=45, 4+5=9..

Hasil darab 9 dgn 2, 3 atau 4 digit no dan kemudiaannya ditambahkan sehingga menjadi 1 digit, pasti jawapannya adalah 9. Cth: 9x157=1413, 1+4+1+3=9

9 September juga merupakan hari yang ke 252 dalam kalender Masihi, 2+5+2=9. Menarik kan?

Lastly korang mesti selalu jumpe no 9 ni kat pasaraya atau mane-mane tempat beli barang..No. 9 ni kaedah pemasaran paling berkesan dlm meletakkan harga berdasarkan harga psikologi. Pergi la ke mana-mana hypermarket, no. 9 mesti banyak. Cth: bawang merah RM1.99 sekilogram dan automatik kita tengok yang ada 9 kat belakangnya adalah terus je rase murah. Sungguh berpengaruh no. 9 ni ye...

September 27, 2009

who ever called themselves 'friend'

sometimes misunderstood u,
sometimes scolded u,
sometimes learnt from u,
sometimes praised u,
sometimes laughed at u,
but i in any case want u as my friend
so plz do not betray me and do keep in touch.
without u my friend, the days of the week are...

Animated Emoticonssad-day...
mourn-day...Animated Emoticons
Animated Emoticonstears-day...
waste-day...Animated Emoticons
Animated Emoticonsthirst-day...
fright-day...Animated Emoticons

and...
Animated Emoticonsshatter-day...


thanks 4 being my friend...

friend Pictures, Images and Photos

August 31, 2009

Ohh..AUGUST~

It is seem that it is so long i don't blogging bout my life...here i want to share what have happened in my life lately..huh..i feel very exhausted and feel like going to faint..know why?? this August only, my schedule is very tight and full..a lot of things to be organized and handled...plus my study and classes that already full...in behalf of my friend Fateha who drives me to wrote bout all those stuff and activities that we have attended...
As usual every weekdays we having classes starting as early 8am till 6pm..fuh! so tired...then at night around 9pm and above we have to attend club's meeting which normally will end up at 12 midnight...then we climb the hostel stairs toward our cubics..half of the energy has to be safe to make us keep wake up to finish all the assignment and toturial not forgeting to revise for quizes if in the next day lecturer want to do it...

During the weekends it is full booked for the club's and unversity's programs...where do we can have a rest???...wake up every day restlessly...on the first and second weekend of August...we involved in LEADTRAIN or Leadership Training which organized by unversity's Leadership and Training Department (LTD)...we act as their working committee which is totally understood..very fatigue!
On the third weekend another big event that make my muscles cramped..FASTRAIN or Facilitator Training...in this program we also assigned to be the working committee...this program also organized by LTD and it was held at PDS Training Camp Port Dickson...the place was quite great, enable us to do many activities...

First day of arrival..started with the opening remarks continued with the most exciting activity that is rafting...we have to make our own raft that can withstand 23 people once...it was very huge...after that we have to compete among us in the rafting race...during night, the participants were involving in hikmah kembara..




















around rafting activity






















around hikmah kembara

Another outdoor activity waited for us that is compass marching..here the participants learned to fing thier own route to go out the forest using the given bearing...and the last outdoor activity was Xplorace...in between all those outdoor activity, there is a leadership talks..




















around compass marching








































around Xplorace

On the last week of August, on Wednesday night we conducted an Iftor for all facilitators...and there is still another event that should be held that is IMERCE or islamic merdeka celebration but because of something happen we have to cancel it out..thanks goodness if not i thing i might be warded after that..hahaha..

till here my buziest month story..this just a rough story...

August 27, 2009

its a real....

Airport security

Customs Official : 'May I know your name?'
Arriving passenger : 'Batman'
Customs Official : 'What's your name!?'
Passenger : 'My name is Bat-man'
Customs Official : 'Trying to be funny!? What's your surname?'
Passenger : 'Super-man'
Customs Official : 'So you're telling me your name is Batman Superman?'
Passenger : 'Yes'
Customs Official : 'Arrest the guy... '

When they had him in custody, he was asked to show identification:

August 23, 2009

Remembrance of al Quds

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds)

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.

Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Prof. Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara 'Zionis' di atas wilyah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau "...dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirinya menganggap negara itu sah."

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa.

Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.

Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds.

Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
Menjelang 21 Ogos 2009

August 17, 2009

Michael Jackson vs Syahidah Marwa al-Sharbini

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...

seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Antara Michael Jackson &

Syahidah Marwa al-Sharbini


kesedihan yang dialami, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi kerana pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang InsyaAllah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak ditemui di stesyen tv, negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.


Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.


Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.


Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia. Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini, karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

August 16, 2009

harijadi ke 17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh. .Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........ ., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi. .. TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!
Animated Emoticons

keluarga baru....

hurm..life keep flowing in the same direction...but i feel that too many responsible every time sun rise in the next day...live as a vicegerent of Allah, worshiping Him is the main
responsible...living in CFSIIUM gives me a lot of opportunity to learnt many things and grab as much as possible supply for the hereafter...student's life isn't horrible as i have been told
before...it creates abundance of memory either hard or sweet...but it is so exhausted...
http://www.emocutez.com
here actually i what to share how great i feel for having new family...i feel so grateful to Allah because have send me a wonderful family back home and here...this sem i join a new loving family known as FRC...we work, play, joke all over our journey... it is such a joy to be among them...

Font EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont Emoticons
Font EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont Emoticons
Font EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont EmoticonsFont Emoticons

my big family full with various behavior...althought sometimes we bump into quarel...we still can laugh dan keep going together what a wonderful relation send by Allah s.w.t and i hope that the relation that we had build will remain till the end...
few things that i hate most:
smokers,bully,disrespectful and ungrateful person..
few things that i love most:
family,friends and you all..