topbella

April 16, 2010

sukarnya...all about it...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


entry kali ni tajuk dia melambangkan tuannya yang sukar melakukan banyak perkara...no men is perfect enough to make things around them as what had been planned...hurm..entry kali ni hanya sebagai perkongsian dengan semua dari saya yang cetek ilmu dan banyak khilaf...mengingatkan kembali kata seorang sahabat pada saya satu ketika dulu...kadang-kadang diri diberi tarbiyah tapi seakan tidak ditarbiyah kerana khilaf yang banyak menyukarkan tarbiah diterima...

dalam menjalani kehidupan seharian kita seringkali tidak terlepas dari kesukaran dalam apa sahaja bentuk yang datang dan saya yakin semua orang pasti mengalaminya...malah kita pasti cube sedaya upaya untuk overcome segala kesukaran itu...persoalan untuk dikongsi;
adakah kesukaran yang dihadapi membuatkan anda seringkali lemah semangat, bosan dengan hidup, putus asa dengan apa yang cuba dilakar, dan pelbagai lagi pemikiran yang negatif???
kesukaran yang saya hadapi sering membawa saya pada semua cetusan negatif diatas...mengapa semua ini terjadi???adakah saya seorang yang mudah kalah??? Ya ALLAH janganlah jadikan saya org yang sering mudah menyerah kalah pada segala yang kepayahan ini...tapi kerana keyakinan yang tinggi pada ketentuan tuhan segera hati dipujuk....

sebagai manusia kita tidak terlepas dari kepayahan...kepayahan atau kesukaran yang paling besar datang dari kesukaran untuk mendapat kepuasan atau redha dari Allah dan juga manusia...tapi diantara kedua-dua ini kesukaran yang ternyata sangat sukar adalah dalam mendapatkan kepuasan hati manusia...cerita yang bakal saya selitkan menunjukkan betapa sukarnya mendapat memenuhi kepuasan hati manusia...cerita ini mungkin anda sudah pun tahu dan sahaja saya mahu kongsikan semula sebagai tazkirah bersama...

seorang ayah tua dan anaknya memulakan perjalan ke sebuah kota untuk melakasankan sesuatu urusan..sepanjang perjalanan, mereka menempuhi beberapa kampung dan kota kecil....bersama mereka turut disertai seekor keldai...perjalanan mereka ditengah panas sangat menduga...namun itu tidak mematikan hasrat mereka...ketika mereka melintasi sebuah kampung..mereka disapa orang kampung
org kg: hish teruk betul anak itu, ayahnya yang tua pula yang harus menarik keldai...sedangkan dia bersenang di atas keldai..tak patut...
melihat keadaan itu si anak segera turun dan menyuruh ayahnya pula menunggang keldai itu...setelah tiba di kampung yang berikutnya...orang kampung itu pula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka...
org kg2: apalah org tua itu...dah tua pun nk suruh anak dia tarik dia menunggang keldai...kesian anak dia...dah la berat...
melihat situasi itu mereka terus sama-sam menunggang keldai tersebut...apabila tiba disebuah lembah mereka sekali lagi ditegur oleh orag disitu...
org lembh: owh teruknya org itu...dah la tunggang keldai tu sama2...kesian keldai tu menahan bebanan yang berat...ayah dengan anak itu tak patut buat cam itu...sian keldai itu...
mendengar kata-kata orang lembah itu mereka menjadi tidak keharuan semua kelakuan mereka sering ditegur...

dari cerita di atas jelaslah bahawa sukarnya kita mahu memenuhi segala kehendak dan kepuasan hati manusia...jadi dalam menjalani kehidupan seharian dan menghadapi segala kesukaran yang mendatang kejarlah kepuasan Allah daripada kepuasan manusia kerana mencari redha atau kepuasan Allah lebih mudah daripada mencari pada manusia....

p/s: betulkan andai post ini x betul...

No comments:

Post a Comment

few things that i hate most:
smokers,bully,disrespectful and ungrateful person..
few things that i love most:
family,friends and you all..