topbella

October 17, 2010

wahyu...

Kite selalu memandang rndah pada kemampuan serta kehebatan yang telah Allah tunjukkan melalui kalamNya. Masyrakat kita sering beranggapan Kalamullah itu hanya untuk menjadikan jiwa kita tenang. Point di sini memang betul tapi adakah hanya perasaan itu sahaja yang boleh lahir dari pembacaan dan penelitian padanya???

Pernah satu hari, saya bertanya pada sahabat saya tentang apa yang sedang dia buat.Dia menjawab dia tengah tengok some kind of cerita macam family outing. owh saya cakap dia ni sikit-sikit tengok cerita itu tak bosan ke??? Dia cepat-cepat jawab dah itu sahaja yang boleh cheerkan dia.

Perkaitan Wahyu atau Quran dengan cerita di atas sebenarnya menunjukkan kita menggunakan cara yang tidak tepat untuk cheerkan diri kita. Sebaliknya kita memilih Quran sebagai punca untuk kita mengekspresasikan perasaan. Tidak salah sekiranya kita mahu tengok semua itu tapi jangan sehinggakan ia dijadikan satu-satunya alat untuk mengekspresasikan perasaan, sedangkan banyak lagi punca yang lebih berfaedah.

Berbalik kepada kehebatan Quran dalam mengekspresasikan perasaan, dari segi logik bila kita rasa nak cheer up atau gembira, kita mesti mahu sesuatu yang menghiburkan bukan??? Dalam Quran terdapat banyak ayat yang menceritakan tentang betapa hebatnya Syurga dan ganjaran yang baik kepada orang beriman. Inilah yang mana akan membuatkan kita terhibur dengan janji Allah dan lantaran itu mendatangkan rasa untuk menjadi seperti dalam ayat itu. Bukankah ini lebih baik daripada sekadar hiburan semata???

Dengan keindahan kalimah dalam Quran mampu mecetuskan pelbagai perasaan dalam setiap ayat yang diwahyukan. Ini semua hanya coretan serta pandangan saya, maaf andai ia mengundang ketidakpuasan hati kalian yang membacanya.





~azam baru untuk sentiasa dan lebih dekat dengan Warkah Cinta Illahi~

October 12, 2010

bila kau membacanya...





























Berpuluhan tahun menjalani hidup tiada yang lebih indah daripada mengenali dan merasai manisnya kasih sayang. Rasa rindu, cemburu dan segala macam perasaan bersilih ganti yang akhirnya menambahkan lagi rencah pada titik persahabatan yang lahir di atas asas kasih sayang. Selautan kalimah indah masih tidak mampu mengungkap betapa hebatnya rasa persahabatan hadiah dari Ilahi untuk dipelihara.

Kehadiaran sahabat yang sering di sisi mengganti kehangatan kasih sayang keluarga. Ketahuilah sahabat sejauh mana aku menjauhi mu bukan bererti aku membenci mu. Tapi aku pergi jauh demi memahami keadaan aku sendiri. Diam ku bukan untuk meminggirkan mu tapi hanya untuk merasai adakah aku benar-benar menyayangi mu. Pandangan aku sering dijauhkan bukan aku jijik memandang mu tapi aku hanya tak mampu melihat kau terluka. Panggilan kau yang tidak berbalas bukan untuk menujukkan protes tapi aku hanya mahukan sedikit ruang untuk merasai rindu yang berbalah dalam diri.

Maafkan aku sahabat, aku telah membuatkan kau terluka atas semua ini kerana aku benar-benar mementingkan diri sendiri bukan?? Aku hanya perlukan masa yang aku tidak tahu berapa lama. Sehingga saat ni aku tahu hati kau terguris dengan segala yang aku lakukan. Tapi aku cuba menjauhkan seketika untuk memikirkan segala yang aku lakukan padamu di balik hari. Keadaan ini memakan diri ku sendiri, aku runsing dimana aku mahu mulakan.

Semalam ajakan kau untuk aku bersama kau, sama duduk bersebalahan aku tolak mentah-mentah…jahatnya aku. Pertanyaan kau dengan baik aku balas dengan jawapan yang tidak setaranya…bodohnya aku. Penjelasan yang cuba kau beri aku tidak mahu mendengarnya…zalimnya aku.

Aku tidak adil pada mu. Maafkan aku atas kelemahan aku. Saat ini aku rindukan kata nasihat mu, tawa mu, lirikan matamu, dan segala yang pernah kita lalui bersama. Aku terima andainya tiada jawpan daripada mu kerana aku yang salah dalam melayani hati mu…kerana aku tidak layak digelar sahabat kerana dosa-dosa yang aku lakukan pada mu…aku benar-benar menyesalinya…Aku benar-benar merindui mu sahabat ku.
few things that i hate most:
smokers,bully,disrespectful and ungrateful person..
few things that i love most:
family,friends and you all..