Kite selalu memandang rndah pada kemampuan serta kehebatan yang telah Allah tunjukkan melalui kalamNya. Masyrakat kita sering beranggapan Kalamullah itu hanya untuk menjadikan jiwa kita tenang. Point di sini memang betul tapi adakah hanya perasaan itu sahaja yang boleh lahir dari pembacaan dan penelitian padanya???
Pernah satu hari, saya bertanya pada sahabat saya tentang apa yang sedang dia buat.Dia menjawab dia tengah tengok some kind of cerita macam family outing. owh saya cakap dia ni sikit-sikit tengok cerita itu tak bosan ke??? Dia cepat-cepat jawab dah itu sahaja yang boleh cheerkan dia.

Berbalik kepada kehebatan Quran dalam mengekspresasikan perasaan, dari segi logik bila kita rasa nak cheer up atau gembira, kita mesti mahu sesuatu yang menghiburkan bukan??? Dalam Quran terdapat banyak ayat yang menceritakan tentang betapa hebatnya Syurga dan ganjaran yang baik kepada orang beriman. Inilah yang mana akan membuatkan kita terhibur dengan janji Allah dan lantaran itu mendatangkan rasa untuk menjadi seperti dalam ayat itu. Bukankah ini lebih baik daripada sekadar hiburan semata???
Dengan keindahan kalimah dalam Quran mampu mecetuskan pelbagai perasaan dalam setiap ayat yang diwahyukan. Ini semua hanya coretan serta pandangan saya, maaf andai ia mengundang ketidakpuasan hati kalian yang membacanya.
~azam baru untuk sentiasa dan lebih dekat dengan Warkah Cinta Illahi~
No comments:
Post a Comment