Berpuluhan tahun menjalani hidup tiada yang lebih indah daripada mengenali dan merasai manisnya kasih sayang. Rasa rindu, cemburu dan segala macam perasaan bersilih ganti yang akhirnya menambahkan lagi rencah pada titik persahabatan yang lahir di atas asas kasih sayang. Selautan kalimah indah masih tidak mampu mengungkap betapa hebatnya rasa persahabatan hadiah dari Ilahi untuk dipelihara.
Kehadiaran sahabat yang sering di sisi mengganti kehangatan kasih sayang keluarga. Ketahuilah sahabat sejauh mana aku menjauhi mu bukan bererti aku membenci mu. Tapi aku pergi jauh demi memahami keadaan aku sendiri. Diam ku bukan untuk meminggirkan mu tapi hanya untuk merasai adakah aku benar-benar menyayangi mu. Pandangan aku sering dijauhkan bukan aku jijik memandang mu tapi aku hanya tak mampu melihat kau terluka. Panggilan kau yang tidak berbalas bukan untuk menujukkan protes tapi aku hanya mahukan sedikit ruang untuk merasai rindu yang berbalah dalam diri.
Maafkan aku sahabat, aku telah membuatkan kau terluka atas semua ini kerana aku benar-benar mementingkan diri sendiri bukan?? Aku hanya perlukan masa yang aku tidak tahu berapa lama. Sehingga saat ni aku tahu hati kau terguris dengan segala yang aku lakukan. Tapi aku cuba menjauhkan seketika untuk memikirkan segala yang aku lakukan padamu di balik hari. Keadaan ini memakan diri ku sendiri, aku runsing dimana aku mahu mulakan.
Semalam ajakan kau untuk aku bersama kau, sama duduk bersebalahan aku tolak mentah-mentah…jahatnya aku. Pertanyaan kau dengan baik aku balas dengan jawapan yang tidak setaranya…bodohnya aku. Penjelasan yang cuba kau beri aku tidak mahu mendengarnya…zalimnya aku.
Aku tidak adil pada mu. Maafkan aku atas kelemahan aku. Saat ini aku rindukan kata nasihat mu, tawa mu, lirikan matamu, dan segala yang pernah kita lalui bersama. Aku terima andainya tiada jawpan daripada mu kerana aku yang salah dalam melayani hati mu…kerana aku tidak layak digelar sahabat kerana dosa-dosa yang aku lakukan pada mu…aku benar-benar menyesalinya…Aku benar-benar merindui mu sahabat ku.
No comments:
Post a Comment