topbella

June 13, 2009

remaja....

hari ini semakin jauh beza dari keadaan dunia 20 atau 30 tahun dulu...segalanya berubah dari aspek pembangunan negara hinggalah ke pemikiran...globalisasi mencipta satu arena perubahan yang matang dan lebih futuristik..

pembangunan era baru yang diadaptasikan dengan kepelbagaian citarasa....remaja semakin hanyut dalam keruncingan akhlak...keadaan institusi kekeluargaan mengeruhkan lagi akhlak remaja...tahap kesedaran di dalam diri turut menjadi taruhan...konsep dunia tanpa batas telah membuatkan remaja lebih menjuruskan cara hidup mereka ke arah barat...aspek sosial timur semakin lupus...siapa yang harus dipersalahkan???
bagi membendung gejala ini seharusnya semua pihak memainkan peranan masing-masing bukan hanya menundingkan jari kepada sesetengah pihak...namun hari ini semakin jelas masing-masing mula menyalahkan antara satu sama lain...satu kejadian yang sempat saya lihat di sekolah...
ibubapa kepada salah seorang remaja dipanggil ke sekolah...cikgu remaja itu cuba mendapatkan kepastian tentang akhlak anak muridnya daripada ibubapanya...pada mulanya si ibu yang hadir, ditanya soal kepada si ibu...dengan rasa yang tidak bersalah si ibu menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada anaknya adalah berpunca daripada kelalaian bapanya dalam menjalankan tugas...maka keesokan harinya, si bapa pula yang hadir, soalan yang sama diajukan, si bapa menjawab isterinyalah individu yang harus dipersalahkan kerana ibunya sering sebuk dengan kerja rumah sehinggakan tida ruang untuka memantau anaknya...
itulah mentaliti orang sekarang...sering menyalahkan orang lain...baik ibubapa, anak-anak, mahu pun guru-guru...

mengapa apabila edaran masa makin memuncak...manusia makin merundum...hak dan batil sudah tak mampu diteliti...tiada beza antara amanah dan ibadah...remaja semakin liar dan melibatkan diri dalam pelbagai masalah sosial yang semakin membimbangkan....fenomena yang berlaku seolah-olah tidak memberi sebarang implikasi pada negara...seharusnya kita sebagai masyarakat umum harus mengambila sikap ambil peduli atau jaga tepi kain orang sekitar...jika 30 tahun dulu mungkin sikap ini mungkin tidak perlu wujud namun situasi kini memaksa itu untuk dizahirkan di dalam setiap individu. sikap ini bukan untuk mencari kesalahan orang tapi ia untuk kepentingan golongan remaja yang terhasil hari ini lebih terlindung gelombang kehancuran...

remaja pemangkin masa hadapan...oleh itu, wajiblah untuk kita membina tembok kebaikan dalam diri mereka.. setiap unit masyarakat perlu kesedaran akan pentingnya aset yang bernilai yang harus ditanam dalam remaja...andai remaja hari ini menjurus ke arah kejahilan maka secanggih mana pun pembangunan negara mereka tetap akan menjadi hamba dunia selamanya...

No comments:

Post a Comment

few things that i hate most:
smokers,bully,disrespectful and ungrateful person..
few things that i love most:
family,friends and you all..