topbella

June 2, 2009

lelaki dan tarikh lahir....

Kaitan lelaki dengan tarikh lahirnya....menurut kajian yang dijalankan ini adalah hasil yang diperolehi....

1, 9 dan 24 Haribulan

  • Pada umumnya lelaki ini bersifat pendiam dan konservatif.
  • Namun dengan orang-orang yang tertentu dia cepat mesra.
  • Tapi lelaki yang lahir tarikh ini mudah terperasan, kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.
  • Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya ketika sedang berhubung dengan orang ramai.
  • Dalam banyak hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
  • Tapi hati-hati, kadangkala dia lebih memetingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan seandainya sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2, 11 dan 30 Haribulan
  • Orangnya perasa dan mudah tersinggung.
  • Sifatnya suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah.
  • Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.
  • Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya, namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.
  • Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.
  • Oleh itu mesti ada yang menolongnya agar dia tidak terus terjebak dengan sikapnya itu

3, 18 dan 29 Haribulan

  • Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri khas bagi lelaki yang lahir pada tarikh ini.
  • Tapi jangan cuba mempermainkannya, dia mengamuk dengan hebat.
  • Dia tergolong dalam lelaki yang bijkasana dan bertanggungjawab.
  • Sifat jujur dan ramah adalah modalnya untuk bergaul.
  • Tapi dalam soal cinta, dia merupakan lelaki yang susah untuk dimengertikan.
  • Lelaki jenis ini suka kepada gadis yang bersifat keibuan, berwajah sederhana daripada gadis tomboy yang rupawan

4 dan 13 Haribulan

  • Lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat.
  • Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
  • Dalam soal cinta, dia tergolong lelaki yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan.
  • Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya.
  • Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.
  • Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan

5 dan 17 Haribulan

  • Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi.
  • Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang dingininya selalunya mesti dipenuhi.
  • Memandang sesuatu dari segi yang menguntungkan.
  • Tapi sayangya dia suka menganggap remeh pada orang lain.
  • Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar pasangan

6, 14 dan 27 Haribulan

  • Dia adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
  • Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
  • Dalam soal cinta dia ingin memberikan yang terbaik kepada orang yang dicintainya.
  • Namun begitu harga dirinya sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya

7, 28 dan 31 Haribulan

  • Dia adalah seorang yang bersikap terbuka, berterus-terang dan jujur.
  • Namun begitu dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah

8 dan 23 Haribulan

  • Dia bersifat peramah dan mudah perasa, kepada teman-teman dia bersifat lembut dan bijaksana.
  • Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.
  • Dia memerlukan suasana yang seimbang, baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
  • Kelemahannya yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui oleh perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.
  • Dalam urusan cinta, lelaki jenis ini ialah seorang yang tabah dan rela berkorban.

10, 16 dan 21 Haribulan

  • Suka bekerja keras, memiliki usaha yang tinggi dalam usaha mecapai cita-citanya.
  • Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.
  • Namun begitu dia tergolong dalam jujur dan tabah menghadapi persoalan.
  • Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi.
  • Tapi dia adalah lelaki yang terlalu cemburu.
  • Kalau baik dia sangat baik, kalau jahat dialah yang paling jahat

12 dan 19 Haribulan

  • Lelaki yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.
  • Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara.
  • Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi, kerana itulah dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya.
  • Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah lelaki yang disegani kerana bakat kepimpinannya.
  • Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.
  • Dalam urusan cinta, dia adalah lelaki yang sangat susah dipercayai

15, 20 dan 26 Haribulan

  • Jangan mengharap sifat romantis dari lelaki jenis ini.
  • Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu masalah.
  • Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama huru-hara.
  • Dalam percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat akan gadisnya.
  • Namun begitu sikapnya amat disenangi oleh gadis-gadis

22 dan 25 Haribulan

  • Wataknya paling susah untuk dimengertikan.
  • Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dibenci kerana perbuatannya.
  • Namun buat teman-teman dia merupakan orang yang penuh pengertian.
  • Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendah diri, jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
  • Lelaki jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

No comments:

Post a Comment

few things that i hate most:
smokers,bully,disrespectful and ungrateful person..
few things that i love most:
family,friends and you all..